Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah memberikan gambaran bahawa:
- Sabar bukan bererti menyerah tanpa usaha namun, sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa hasil.
- Sabar adalah taman kesejukan di antara usaha yang maksima dan tawakkal yang sepenuhnya.
- Sabar adalah timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah. Allah tidak mungkir janji.
- Dengan sabar, hati begitu optimis, bahawa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus seorang hamba.
Yang pasti ialah habis tenaga kita, dan niat suci kitapun hancur bekecai bak debu berterbangan dan wujudlah prasangka buruk terhadap Allah. Wal'iyazubillah.
Tidak ada satupun keadaan yang paling indah, melainkan bila kita dapat bersabar; baik ketika kita senang mahupun ketika kita susah, ketika kita berada mahupun ketika kita miskin, lapang mahupun sempit.
Allah berjanji bahawa hanya hamba-Nya yang istiqamah dan berjiwa teguh serta yakin dengan Qadar serta Qadha' Allah SWT sahaja yang mampu bersabar, dalam mengharungi suka duka kehidupan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak perkataan sabar, sama ada dalam bentuk ismun (kata nama) ataupun dalam bentuk fa'el (perbuatan/kata kerja). Ini menunjukkan betapa pentingnya sabar kepada seorang mukmin pada sisi Allah SWT.
Contoh ayat-ayat al-Quran:
Sabar merupakan perintah daripada Allah SWT.
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2:153)
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)". (A-li'Imraan 3:200
"Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim". (Yunus 10:109)
"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan". (Hud 11:115)
"Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan". (Al-Nahl 16:127)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar